Tuesday, 4 October 2011

UNIT BIMBINGAN SK SERI SIAKAP

Bilik Bimbingan SK Seri Siakap terletak di tingkat 3 aras 2 Blok B iaitu bersebelahan dengan Bilik Akses. Bilik ini dibuka mengikut keperluan kerana kadangkala guru bimbingan perlu bergerak ke kelas mahupun menjalankan tugas di lain-lain tempat seperti di bilik guru, pejabat dan sebagainya.

Murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan secara individu atau berkumpulan perlu menetapkan temujanji bersama guru bimbingan sebelum sesi itu dapat dijalankan.

Murid juga tidak perlu merasa malu atau segan untuk berjumpa dengan guru bimbingan kerana guru bimbingan tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka yang memerlukan sesi bimbingan malah guru bimbingan amat menggalakkan murid agar lebih bersifat terbuka dan sedia meluahkan sebarang perkongsian yang difikirkan perlu.


Sesi bimbingan adalah rahsia di antara guru dan murid dan tidak akan disebarkan kerana ini adalah etika di dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


Justeru, murid tidak perlu merasa ragu dan sangsi sekiranya mereka mahu menceritakan sebarang masalah kepada guru bimbingan.
    GURU BIMBINGAN SK SERI SIAKAP
           PUAN FARIZA BINTI SAIDIN




BILIK BIMBINGAN SK SERI SIAKAP SEDIA MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN ANDA














AJK UNIT BIMBINGAN SEKOLAH


PN HAJAH DAHLIA BINTI HASSAN
(PENGERUSI/GURU BESAR)


EN HASAN ADLI BIN OMAR
(TIMBALAN PENGERUSI/PK PENTADBIRAN)


EN ABDUL AZIZ BIN ALI
(TIMBALAN PENGERUSI I/PK HEM)


EN.KHAIRUL ANUAR BIN MOHD NOR
(TIMBALAN PENGERUSI II/PK KOKO)

PN. FARIZA BINTI SAIDIN
(SETIAUSAHA/GURU BIMBINGAN)


PN.ZURAINI BINTI AHMAD
(AJK/GURU DISIPLIN)

PN. BANIN BINTI AHMAD
(AJK/PEN.GURU DISIPLIN)

PN.RASNAH BINTI AHMAD
(AJK/SETIAUSAHA PEPERIKSAAN)


CIK HAJAH ROSNI BINTI ABDUL WAHID
(AJK/GURU BI)


CIK NOORFATNIN BINTI GHALIB
(AJK/GURU J-QAF)


PN.JULIANA BINTI JUSOH
(AJK/GURU J-QAF)


PN.SURIYANTI BINTI LAMUNDI
(AJK/GURU PSS)

PAMERAN ANTI DADAH




Antara gambar dan keterangan yang dipamerkan pada hari pameran


Murid dan guru bersama-sama membaca dan melihat pameran untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai bahaya dadah.

Ceramah dadah yang disampaikan oleh wakil dari AADK Kerian.

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA 2011

Majlis ini diadakan pada 8 September 2011.Majlis ini dihadiri oleh para ibu bapa , guru serta calon UPSR     2011.

Program bacaan yassin ini bertempat di Dewan Siakap. Program ini bermula pada jam 4.45 petang. Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Muhamad Dziharuddin. Majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin dan berakhir pada jam 6.00 petang.