PEPERIKSAAN UPSR 2011


Seramai 76 orang calon UPSR SK Seri Siakap telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. Peperiksaan ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebuah dewan dijadikan pusat peperiksaan.
Dengan tunjuk cara dan semangat berbekalkan ilmu yang diluahkan oleh guru-guru, warga sekolah amat berharap calon-calon pada tahun ini mampu memperoleh keputusan yang cemerlang serta mampu membuat satu lonjakan perdana bagi sekolah.
Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa calon-calon UPSR kerana memberi sokongan padu kepada calon-calon. Tanpa mengira masa mereka sanggup hadir setiap pagi untuk memberi perangsang dan semangat yang sememangnya diperlukan oleh para calon UPSR tahun ini. Setiap pagi selama tiga hari majlis bacaan Yassin diadakan semasa calon-calon menjalani peperiksaan
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kecemerlangan sekolah ini telah memberi kismis dan air yassin kepada setiap calon sepanjang peperiksaan ini berlangsung.
Sebelum itu, pada setiap pagi sepanjang tiga hari peperiksaan UPSR berlangsung calon-calon terlebih dahulu dikumpulkan di kantin sekolah bagi memudahkan urusan pengurusan dan pentadbiran jika sesuatu yang tidk diingini berlaku. Hal ini amat penting kerana pihak guru dan pihak sekolah ingin memastikan sama ada terdapat calon yang sakit, lewat atau tidak hadir sebelum peperiksaan bermula.
Sebelum pelajar melangkah ke pusat peperiksaan, taklimat ringkas dan amanat penting disampaikan oleh Cikgu Rasnah dan guru-guru lain. Seterusnya Ustaz Muhammad Dziharuddin  memimpin bacaan doa bagi memohon restu kehadrat Ilahi semoga apa yang telah diusahakan sebelum akan mendapat berkat dan rahmat.
Hari pertama Peperiksaan UPSR pada tahun ini bermula dengan mata pelajaran Bahasa Melayu 011, Bahasa Melayu 012 dan Matematik Kertas 2. Hari kedua calon-calon sekolah ini hanya menduduki satu mata pelajaran sahaja iaitu Matematik Kertas 1. Manakala pada hari terakhir pula, calon-calon akan menjawab tiga kertas soalan iaitu bermula dengan mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2. Kertas terakhir adalah ujian Aptitud yang berakhir pada pukul 4.00 petang .
Sehingga saat ini, kerjasama semua pihak amat memberangsangkan. semua pihak yang terlibat telah memainkan peranan masing-masing untuk memastikan pelajar selesa, tenang dan yakin sepanjang hari peperiksaan. Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi kerana semua perkara berjalan seperti mana yang dirancang.
Pihak sekolah berharap keputusan cemerlang akan dicapai oleh semua murid.
SKSS BOLEH!!!!