KENALI SK SERI SIAKAP

MISI SEKOLAH

Melaksanakan dasar Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani membentuk generasi yang terbilang 2015.

VISI SEKOLAH


SKSS Berilmu dan Terbilang 2015.

SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada tahun 1888 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Sungai Siakap. Bangunannya hanya diperbuat daripada kayu , berdindingkan pelepah kelapa dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1904 Sekolah Melayu Perempuan Sungai Siakap ditubuhkan. Lima puluh dua tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1956 kedua-dua sekolah ini telah disatukan dan diberi nama Sekolah Umum Sungai Siakap.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan dirasmikan oleh oleh wakil YAB Menteri Besar Perak, Encik Khalid bin Nasir. Sekolah Umum Sungai Siakap juga telah berubah nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Siakap.

Pada sambutan perayaan Jubli Emas sekolah ini , iaitu pada tahun 1988, dua buah bangunan tiga tingkat telah didirikan dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 hingga 2006, sekolah ini diterajui oleh dua puluh lima orang guru besar.



Kini, SK Seri Siakap diterajui oleh Pn. Hajah Dahlia bt. Hassan sebagai Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran; En. Hasan Adli bin Omar , En Abdul Aziz bin Ali sebagai PK HEM dan En. Khairul Anuar bin Mohd Noor sebagai PK Kokurikulum.