Wednesday 5 October 2011

SENARAI SEMAK TINDAKAN PELAJAR CEMERLANG

  •  MATLAMAT  - sentiasa percaya, yakin dan berusaha mencapainya.
  • SEBELUM KE KELAS - sedia dengan tajuk yang akan dipelajari terutama tajuk penting dan sukar.
  • DALAM KELAS - tumpu perhatian 100%.
  • JIKA KURANG FAHAM - tanya dan bincang dengan guru, rakan dan ibu bapa.
  • KERJA RUMAH  - dibuat dan disiapkan sendiri pada masanya.
  • ULANGKAJI -    setelah habis guru ajar tajuk baru dan juga tajuk lama.
  • SIKAP - sentiasa positif.
  • RUTIN BELAJAR – dipatuhi dan diganti jika terambil.
  •  RAPTAI PEPERIKSAAN  - dijadikan amalan.
  • DOA DAN MUNAJAT  - berterusan.

PROGRAM SELEPAS UPSR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dari Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah mencadangkan aktiviti selepas UPSR yang melibatkan semua guru Tahun 6 dan murid.

Aktiviti ini disediakan mengikut minggu hingga berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011. Antara aktivti yang dicadangkan adalah solat hajat, aktiviti ikhtiar hidup,menghasilkan buku skrap,pertandingan padang,pertandingan permainan dalaman, mural lagu patriotik, berkebun, menyiapkan banner, mewarna bendera semua negeri, folio,ceramah kesihatan,ceramah antidadah,ceramah agama dan sebagainya.

Kesemua aktiviti yang akan dijalankan bergantung kepada cuaca dan keadaan. Kerjasama dari semua guru Tahun 6 adalah amat diharapkan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini.