Friday 2 March 2012

Program Mentor Mentee 2012

Putera harapan kami
Puteri harapan guru-guru SKSS
Guru Bimbingan (Pn. Fariza) dan Hafiz

Khairuddin dan Pn. Maszita


Guru Besar SKSS (Cikgu Baizura dan Ammar)
 
Cikgu Rizuan dan Hakimi



















Majlis penyerahan mentee kepada mentor telah dijalankan dengan lancar pada1 Mac 2012 lalu, Seramai 24 0rang murid 6 GEMILANG 2012 telah menerima mentor masing-masing. Majlis ini diadakan di makmal komputer selepas taklimat Sekolah Penyayang oleh Guru Besar, Puan Norbaizura bt. Rahmat.

Pihak sekolah mensasarkan 24 orang murid 6 Gemilang akan mencapai kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR 2012.  Sehubungan itu, diharapkan program ini akan dapat mendekatkan murid-murid ini dengan 'ibu dan bapa angkat' yang bertindak sebagai mentor dalam membantu mencapai keputusan cemerlang nanti.

Majlis yang penuh santai dan ceria ini telah memperlihatkan dekatnya murid SKSS dengan guru-guru. Moga kita akan berjaya pada tahun ini. SKSS BOLEH.