Wednesday 5 October 2011

PROGRAM SELEPAS UPSR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dari Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah mencadangkan aktiviti selepas UPSR yang melibatkan semua guru Tahun 6 dan murid.

Aktiviti ini disediakan mengikut minggu hingga berakhirnya sesi persekolahan tahun 2011. Antara aktivti yang dicadangkan adalah solat hajat, aktiviti ikhtiar hidup,menghasilkan buku skrap,pertandingan padang,pertandingan permainan dalaman, mural lagu patriotik, berkebun, menyiapkan banner, mewarna bendera semua negeri, folio,ceramah kesihatan,ceramah antidadah,ceramah agama dan sebagainya.

Kesemua aktiviti yang akan dijalankan bergantung kepada cuaca dan keadaan. Kerjasama dari semua guru Tahun 6 adalah amat diharapkan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti ini.





No comments:

Post a Comment