Tuesday, 4 October 2011

PAMERAN ANTI DADAH




Antara gambar dan keterangan yang dipamerkan pada hari pameran


Murid dan guru bersama-sama membaca dan melihat pameran untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan mengenai bahaya dadah.

Ceramah dadah yang disampaikan oleh wakil dari AADK Kerian.

MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA 2011

Majlis ini diadakan pada 8 September 2011.Majlis ini dihadiri oleh para ibu bapa , guru serta calon UPSR     2011.

Program bacaan yassin ini bertempat di Dewan Siakap. Program ini bermula pada jam 4.45 petang. Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Muhamad Dziharuddin. Majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin dan berakhir pada jam 6.00 petang.






MOTIVASI TAHUN 6 2011

Motivasi Akhir Tahun 6 diadakan pada 22 dan 23 Julai 2011. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 5.00 petang. Program ini disertai oleh 76 orang calon UPSR 2011.

Guru bimbingan dengan usaha sama guru-guru tahun 6 telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan oleh murid tahun 6. Aktiviti dimulakan dengan acara di padang iaitu pertandingan bola sepak bagi murid lelaki dan pertandingan bola jaring bagi murid perempuan. Selepas itu, semua murid mula menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya iaitu Majlis bacaaan Yasin dan ceramah motivasi.

Seawal jam 6.30 petang murid mula membersihkan diri dan makan malam sementara menunggu aktiviti seterusnya dijalankan. Selepas ketibaan ibu bapa dan penjaga murid, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin bersama tetamu yang hadir.

Pada pukul 9.00 malam, Ceramah Motivasi disampaikan oleh En. Mohamad Shah bin Ramli, Guru Besar SK Telok Medan. Banyak nasihat dan informasi dikongsi bersama dengan pendengar pada malam itu.



Pada keesokan harinya, selepas melakukan senaman murid bersarapan sebelum melaksanakan aktiviti yang seterusnya.





Selepas bersarapan, murid berkumpul di dalam dewan untuk aktiviti "rantaian kasih" dan refleksi. Murid dikehendaki menulis surat dan akan dipanjangkan kepada penjaga masing-masing menyatakan hasrat dan apa yang mereka akan usahakan dalam mencapai hasrat yang dinyatakan. Setelah itu, murid dipanggil untuk tampil kehadapan dan membacakan hasrat serta usaha yang akan mereka laksanakan kelak.



Sebelum program motivasi tahun 6 berakhir murid dikehendaki mengisi post mortem atau headcount peperiksaan sebelum mereka dibenarkan pulang. Tepat jam 3.00 petang, murid dan guru bersurai setelah bersama-sama melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.